Tuesday, 7 September 2021

Naikkan FOLLOWER

 


Kadang-kadang bila berada dalam dunia bisnes, menipulah kalau kita katakan kita tak inginkan FOLLOWER yang ramai, berpusu-pusu orang REQUEST FRIEND atau Follow Page kita. Kerana sedikit sebanyak ianya membantu kita berkenalan dan membina networking kita untuk bisnes kita.

Namun sedar atau tidak, dalam kita fokus untuk mengejar Follower itu sebenarnya terlalu sedikit yang benar-benar jujur ingin bersahabat dan berkenalan dengan kita. Yang betul-betul ingin bersama kita, yang support kita paling tidak dengan doa.

Berada dalam media social ini sememangnya banyak jerat dan perangkapnya. Kalau hati tidak kuat, barangkali kita juga akan terpengaruh untuk turut bersama dalam “gelombang trend” yang semakin hari semakin rancak.

Kita tidak mungkin jauh dari media social yang kini menjadi sebahagian medium kita untuk berinteraksi dan melihat perkembangan yang keluarga yang jauh terputus dek jarak dan wabak. Namun, peringatan untuk diri ini juga, berhati-hatilah dalam menghasilkan content atau apa sahaja yang ingin dikongsikan. 

Jadilah diri kita sendiri.

In sya Allah, rezeki kita sama sekali tidak akan berkurang jika kita mengikut apa yang Allah perintahkan. Tidak mengapa sikit atau tiada yang Like, Comment, atau Share.. Asalkan ianya memberi manfaat dan meraih redha Allah yang paling Utama.

Ingatlah bahwa seluruh perkataan dan perbuatan kita semuanya pasti akan diminta pertanggungjawaban!

Allah Taala berfirman:


وَلَا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ ۚ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَٰئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولًا

"Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak memunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungjawabannya."

[Al-Israa: 36]

 

 

Continue Reading

Thursday, 8 July 2021

WELCOME TO MY WEBSITE !


Hye... Hye...


Assalamualaikum..


First entry ni.. (Blur) 🤣


Sebenarnya tak tahu nak starting macam mana sebab Newbies kan dalam blog dan Website ni. 😂


Untuk yang baru kenal, hai korang 👋🏻




Thats my picture. 


My name is Balqis Baharudin. Nama glamorr Balqis Baha 💕 (If you wanna find me on any social media platforms, boleh search je “Balqis Baha”. Sure you will found me.). This year, I’m 28 Years Old. And I’m from Kuantan, Pahang.


Generally, website ni Balqis nak buat more to sharing. Boleh kan?


Nak share pasal my biggest supporter in my life which is my family, nak share tentang my life, jatuh bangun kejayaan seorang Balqis, Cewah ! (Untuk jadikan Inspirasi), and nak share knowledge sedikit sebanyak tentang supplement or skincare yang Balqis sendiri consume. 


So, sudi-sudi lah kiranya komen, like, share, follow dan selalu menjengah ke ruangan blog/website ni ye. Hehe.


See you in the next post ❤️

Continue Reading